Kumpulan Media China (CMG) menandatangani perjanjian hak siaran Sukan Olimpik jangka panjang 2026–2032 dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Guangzhou pagi tadi.
Presiden CMG Shen Haixiong dan Presiden IOC Kirsty Coventry menandatangani perjanjian tersebut dan bersama-sama mengumumkan logo liputan CMG untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan-Cortina.
Shen menyatakan, CMG akan memperkasakan kerjasama dengan IOC secara menyeluruh, dan terus menggalakkan pembangunan sukan Olimpik di seluruh dunia.
Coventry pula menzahirkan harapan agar CMG memanfaatkan teknologi penyiaran yang bertaraf tinggi dan liputan yang menarik untuk menyajikan program Sukan Olimpik Musim Sejuk yang mengujakan buat penonton dan mempamerkan daya tarikan sukan yang luar biasa.
Penandatanganan perjanjian tersebut juga menandakan CMG secara rasmi menjadi agensi penyiar eksklusif di Tanah Besar dan Wilayah Pentadbiran Khas Macau China yang bertauliah membuat siaran bagi dua kali Sukan Olimpik Musim Sejuk dan dua kali Sukan Olimpik Musim Panas akan datang.
Turut hadir, Presiden Kehormat Seumur Hidup IOC, Thomas Bach.













Tinggalkan Balasan