Aktiviti mengumpul karya visual kecerdasan buatan (AI) global dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles pada Jumaat.
Bertemakan “Bright Future of Humanity”, aktiviti itu dihoskan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Akademi Filem New York (NYFA).
Presiden CMG Shen Haixiong menerusi ucapan bertulis berkata, aktiviti berkenaan bertujuan membangkitkan gema emosional antara manusia dengan AI dan membayangkan masa depan keharmonian landskap berkenaan.
Menurut beliau, CMG sudi menjadikan karya visual sebagai ikatan serta AI sebagai jambatan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di dunia bagi memajukan pembangunan dan tadbir urus AI.
Sementara itu, Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS) Xie Feng menerusi ucapan videonya menzahirkan harapan agar China dan AS dapat berganding bahu dalam meningkatkan pertukaran antara perusahaan dan sumber manusia, melakukan penyelidikan bersama mengenai perintisan teknologi serta melakar lebih banyak pencapaian dalam sains, teknologi dan seni.
Tinggalkan Balasan