CMG Lancar Dialog Global “China in Springtime” di Moscow

Dialog global bertemakan “China in Springtime: Sharing Opportunities with the World” anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Moscow, Rusia pada Khamis.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China dan sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China telah diadakan di Beijing baru-baru ini. 

“Pada ‘dua sidang’ tahun ini, Presiden China Xi Jinping menekankan kepentingan untuk meningkatkan keterbukaan institusi dan meluaskan ruang kerjasama antarabangsa. Pintu China akan dibuka lebih luas,” kata Shen.

Beliau berkata, menurut tinjauan global yang dijalankan oleh CGTN di bawah CMG, lebih daripada 90 peratus responden di dunia memuji kekuatan ekonomi dan teknologi China yang kukuh, dan menantikan “peluang besar” yang dibawa oleh “pasaran besar” China kepada dunia.

Shen menambah bahawa CMG bersedia menggunakan kelebihannya dalam penyiaran bersepadu dan inovasi sains dan teknologi untuk membolehkan rakan-rakan dari serata dunia menikmati peluang yang dijana oleh pemodenan China.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda