CMG Lancar Dialog Global ‘Inovasi, Keterbukaan, Pembangunan Bersama’ di Budapest

Dialog Global ‘Inovasi, Keterbukaan, Pembangunan Bersama’ anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Persahabatan Hungary-China berlangsung di Budapest pada Isnin.

Acara tersebut dihadiri hampir 100 tetamu dari lingkungan politik, akademik, perniagaan dan media dari kedua-dua negara.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang baru berakhir menunjukkan komitmen China untuk memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan menggalakkan kerjasama menang-menang.

Shen berkata CMG bersedia memanfaatkan kelebihan penyiaran antarabangsa meliputi 85 bahasa, platform Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan 192 stesen luar negara untuk memperkenalkan kisah China dan mempamerkan peluang baharu yang dijana negara Tembok Besar.

Sementara itu, Pengerusi Parti Pekerja Hungary, Gyula Thurmer berkata pelan pembangunan sosioekonomi China bagi tempoh lima tahun yang dikenali Rancangan Lima Tahun (FYP) memperlihatkan kelebihan sistem sosialisme bercirikan China, sekali gus menyuntik unsur kestabilan dan tenaga positif kepada dunia.

Ujar beliau, kerjasama strategik yang kukuh akan membantu Hungary dan China bersama-sama menangani ketidaktentuan global serta memelihara keamanan dan pembangunan dunia.