Dialog Global ‘Inovasi, Terbuka, Pembangunan Bersama’ anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kedutaan Besar China di Amerika Syarikat (AS) telah diadakan di Washington pada Jumaat, waktu tempatan.
Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah berakhir di Beijing baru-baru ini. Sidang itu sekali lagi mengeluarkan isyarat tegas kepada dunia bahawa China akan meluaskan keterbukaan bertaraf tinggi, dan mewujudkan situasi kerjasama sama menang.
Menurut beliau, CMG bersedia berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk umat manusia.
Sebanyak 1,375 media arus perdana dari 66 negara dan wilayah termasuk AS, Kanada, United Kingdom (UK), Jepun, dan Singapura telah melaporkan dialog global tersebut.













Tinggalkan Balasan