Pameran karya visual ‘Beauty in Harmony, Destiny in Unity’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Selasa.
Presiden CMG Shen Haixiong menerusi ucapan video berkata karya visual merupakan bahasa universal yang boleh difahami seluruh manusia.
Beliau turut memperkenalkan siri program kandungan premium terbitan CMG yang memaparkan pencapaian China dalam pelaksanaan agenda pembangunan mampan PBB sepanjang sepuluh tahun lalu, antaranya termasuk ‘Human Carbon Footprint‘, ‘Up and Out of Poverty‘ dan ‘Path to Prosperity’.
Sempena acara itu, CMG juga menganjurkan sesi tayangan beberapa dokumentari yang berkisarkan pencapaian dilakar PBB sepanjang lapan dekad, sejarah pembangunan ibu pejabat PBB dan lain-lain.
Para hadirin senada menyatakan bahawa multilateralisme jitu adalah satu-satunya pilihan tepat untuk merungkai pelbagai cabaran global.
Tinggalkan Balasan