CMG Lancar “Prelud Gala TBC” di AS

Sesi pelancaran “Prelud Gala Tahun Baharu China (TBC)” telah diadakan di Lincoln High School di Tacoma, Washinton, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Sesi tersebut dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing, dengan kerjasama Persatuan Pertukaran Pelajar Remaja AS-China.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan video pada majlis tersebut berkata program “Prelud Gala TBC” telah diadakan selama tiga tahun berturut-turut, dan semakin ramai rakyat AS mengenali dan berminat akan budaya China melalui sambutan TBC dan menyaksikan Gala TBC.

“Marilah kita bersama-sama mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan indah untuk hubungan China-AS, serta menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata beliau.

Pada acara tersebut, seramai 25 pelajar dari Lincoln High School turut menyanyikan lagu China bertajuk “Di Ladang Harapan” dan lagu Inggeris “Stand By Me”, menyampaikan harapan baik golongan muda terhadap persahabatan kedua-dua negara.