Biro Kumpulan Media China (CMG) di Beijing menandatangani perjanjian rangka kerjasama dengan kerajaan tempatan daerah Shijingshan pada Selasa, sekali gus menyaksikan pusat inovasi teknologi animasi AIGC dilancarkan secara serentak.
Majlis pemeteraian perjanjian berkenaan disempurnakan dengan kehadiran Presiden CMG Shen Haixiong.
Menurut perjanjian itu, kedua-dua pihak menyasar untuk membangunkan hab inovasi yang menyepadukan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan budaya.
Dikendali oleh makmal utama peringkat negara mengenai penghasilan dan penyampaian kandungan video dan audio definisi ultra tinggi (UHD), pusat inovasi teknologi animasi AIGC menumpukan kepada penyelidikan dan pengaplikasian teknologi teras seperti kecerdasan buatan generatif dan interaksi masa nyata dalam bidang penghasilan kandungan digital.













Tinggalkan Balasan