CMG Manfaatkan Platform, Sebar Usaha China Junjung Keadilan Global

Seminar mengenai “Siri Kuliah Pemikiran Ekonomi Xi Jinping”, program khas berskala besar pertama yang menghuraikan pemikiran ekonomi Presiden Xi telah diadakan di Beijing pada Selasa. 

Program tersebut diterbitkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara.

Presiden CMG, Shen Haixiong ketika mempengerusikan seminar itu berkata, siri program khas ini merupakan program televisyen pertama yang secara sistematik menjelaskan pemikiran Xi Jinping dalam bidang ekonomi sekaligus memberi inspirasi kepada para penonton.

Beliau berkata, para penonton boleh mendapat pendedahan tentang fikiran ekonomi Xi Jinping melalui pelbagai program arahan CMG yang inovatif dan berkualiti tinggi yang penghasilannya tidak terlepas dari sumber jenama miliknya melibatkan semua media, dan kondusif bagi landskap pembangunan ekonomi dan sosial secara keseluruhan.

Selain itu CMG menggunakan kelebihan 82 bahasa menerusi platform media baharu Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan studio di luar negara unutk menyebarkan suara China yang menentang amalan hegemoni dan menjunjungi keadilan kepada dunia.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda