Kumpulan Media China (CMG) mula menyiarkan program TV dan filem yang terpilih melalui 22 badan media arus perdana di 14 negara anggota APEC termasuk Australia, Kanada, Chile, Indonesia, Korea Selatan, Peru, Rusia, Thailand dan Amerika Syarikat, bertepatan dengan jadual Presiden China Xi Jinping sebelum bertolak ke Gyeongju, Korea Selatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasitifk (APEC) ke-32 dan mengadakan lawatan rasmi di negara itu.
Siri siaran tersebut membabitkan lebih sepuluh program terbitan CMG yang cemerlang, termasuk “The Heritage Guardian”,”The Path to Modernization” dan “Hotline Beijing”.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya melalui pautan video menyatakan, CMG bersedia saling belajar dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dari pelbagai lapisan masyarakat rantau Asia Pasifik, bekerjasama untuk menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau serta menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik.













Tinggalkan Balasan