CMG Perkenal Elemen Kreatif Malam Gala Tahun Baharu 2026

Malam Gala Tahun Baharu 2026 anjuran Kumpulan Media China (CMG) yang bakal disiarkan malam esok, penuh dengan elemen kreatif.

Di ambang tahun baharu, lebih 60 program kreatif akan dihidangkan kepada para penonton antaranya nyanyian dan tarian, muzik tradisional, opera, wusyu, silap mata interaktif bersama robot dan banyak lagi.

Bandar Lvliang di provinsi Shanxi dipilih sebagai lokasi utama persembahan malam gala berkenaan.