Dalami China – Rantaian China Amat Diperlukan

Rantaian China amat diperlukan, maka Philips akan menambah pelaburannya ke China dalam bidang inovasi dan pembuatan.

Demikian dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Philips, Roy Jacobs ketika berlangsungnya Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa China (CISCE) Ke-3.

“Sebagai CEO, saya mengunjungi China setiap suku tahun, kerana perlunya cakna tentang denyutan nadi pasaran di sini,” kata Jacobs.