Presiden China Xi Jinping mentafsirkan demokrasi ala China sebagai ‘demokrasi rakyat sepanjang proses’, yang memberi keutamaan terhadap satu rantai demokrasi yang lengkap yang melibatkan pemilihan, perundingan, pembuatan keputusan, pengurusan dan pemantauan, yang berbeza dengan demokrasi Barat yang hanya menitikberatkan “saat mengundi” sahaja.
Dalam tempoh penyusunan Rancangan Lima Tahun ke-15, jabatan berkenaan telah mengumpul lebih 3.11 juta cadangan netizen melalui platform dalam talian, antaranya terdapat hampir 60 peratus yang memberi tumpuan kepada rintihan rakyat, seperti memudahkan persekolahan anak-anak, membantu lepasan universiti meningkatkan kualiti pekerjaan, dan memperkasa jagaan untuk golongan warga emas yang kurang upaya atau mengalami demensia. Suara-suara dari peringkat akar umbi ini akhirnya akan dimasukkan ke dalam kerangka cadangan perancangan dan diubah menjadi peruntukan dasar yang konkrit.
Selain pengumpulan pendapat secara meluas melalui internet, pelbagai agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara juga mengadakan aktiviti khusus untuk meminta pendapat dan pandangan, secara sistematik mendengar pendapat daripada 11 kumpulan berlainan termasuk penyelidik, pekerja bebas, petani, dan individu kurang upaya, untuk memastikan suara pelbagai lapisan masyarakat dapat kedengaran dan diambil kira sebagai perspektif ketika membuat keputusan.
Siri aktiviti tersebut mempamerkan dengan jelas satu rantai yang lengkap yang bertunjangkan ‘demikrasi rakyat sepanjang proses’, yang menggambarkan‘hasrat kecil’ rakyat disepadukan ke dalam ‘pelan besar’ negara.













Tinggalkan Balasan