Dialog global “China in Springtime: China’s Development Opportunities for the World” anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Czech dan Moldova baru-baru ini.
Seramai ratusan orang tetamu dari kalangan politik, akademik, media dan sebagainya menghadiri acara tersebut.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping ketika berucap di “dua sesi” tahun ini menegaskan pentingnya untuk meluaskan keterbukaan yang bertaraf tinggi, meneroka pasaran global secara meluas, serta bersambung dengan kitaran antarabangsa dengan lebih baik.
Ini sekali lagi menunjukkan bahawa pintu China akan dibuka lebih luas.
Shen berkata, CMG bersedia untuk memanfaatkan kelebihannya sebagai media bertaraf antarabangsa untuk mendorong hasil daripada pembangunan moden China dapat turut dinikmati oleh dunia dengan lebih baik.
Beliau juga berkata, CMG komited bekerjasama dengan rakan-rakan global untuk bersama-sama melukis gambar pelbagai tamadun manusia wujud bersama secara harmoni.













Tinggalkan Balasan