Sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang berlangsung di Beijing baru-baru ini merupakan satu batu tanda yang penting di China pada era baharu, dengan menggariskan hala tuju negara ini untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan demi situasi kerjasama yang menang-menang.
Demikian dinyatakan Shen Haixiong, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden Kumpulan Media China (CMG) ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam Dialog Global “Inovasi, Keterbukaan, Kongsi Pembangunan Bersama” anjuran CMG di Moscow pada Isnin.
Shen berkata, negara China pada zaman baharu konsisten dalam melaksanakan dasar ‘pintu terbuka’, dan berkongsi hasil pembangunan dan inovasi dengan pelbagai negara di sebalik situasi global yang berubah-ubah, yang dipercayai boleh membawa lebih banyak keyakinan dan kekuatan kepada landskap dunia yang penuh dengan unsur tidak menentu.
Tegasnya, CMG akan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk membina platform antarabangsa melalui rundingan bersama, mengamalkan empat Inisiatif Global dan berkongsi “pelan China” untuk tadbir urus global.
Turut hadir, perwakilan pegawai kerajaan, ahli akademi, tokoh perdagangan dan pengamal media dari kedua-dua negara. Mereka mengadakan pertukaran secara mendalam mengenai peningkatan keterbukaan, kongsi peluang di pentas dunia, pembangunan bersama dan lain-lain.













Tinggalkan Balasan