Menteri Luar China, Wang Yi dan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar telah mengadakan Dialog Strategik Menteri Luar China-Pakistan ketujuh di Beijing pada Ahad.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak sepakat untuk melaksanakan agenda pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan China-Pakistan, mendorong pembangunan Koridor Ekonomi China-Pakistan 2.0, memacu kerjasama dengan Selatan Global, mematuhi Piagam PBB dan menentang tindakan hegemoni yang mencabuli kedaulatan negara lain.
Wang berkata, situasi di Venezuela telah menarik perhatian masyarakat global.
Ujarnya, China berpendapat bahawa mana-mana negara tidak boleh bertindak sesuka hati sebagai ‘polis dan hakim antarabangsa’.
Sebaliknya, kedaulatan dan keselamatan negara di seluruh dunia perlu mendapat perlindungan sepenuhnya dari undang-undang antarabangsa.
Wang turut menegaskan, China sentiasa menentang penggunaan kekerasan dalam sesuatu hubungan anatarabangsa, atau sebarang tindakan berbentuk paksaan ke atas negara lain.













Tinggalkan Balasan