Ding Xuexiang Berucap pada Sidang Pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-28

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang hadir menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-28 pada Jumaat.

Ding mengemukakan beberapa cadangan demi mengemudi dunia ke arah masa depan lebih cerah yang menampilkan ciri-ciri aman, selamat, makmur dan maju.

Beliau berkata perlunya memegang konsep tadbir urus global berlandaskan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, di samping menggalakkan kesamarataan hak, peluang dan peraturan untuk semua negara, serta memelihara kewibawaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan keadilan antarabangsa. 

Ujarnya, sinergi harus dibentuk untuk membina ekonomi dunia yang terbuka dan pelbagai, memelihara sistem perdagangan multilateral dan  orde ekonomi antarabangsa, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada negara-negara Selatan Global. 

Antara perkara lain yang diberi penekanan beliau adalah menjunjung interaksi dan saling belajar sesama tamadun, serta memelihara kedamaian dan pembangunan dunia.