Diplomat dan Wartawan Asing Ikuti Aktiviti ‘Jelajah China’ di Wuhan

Aktiviti wawancara bersama media tempatan dan asing ‘Jelajah China’ 2025 berlangsung di Wuhan baru-baru ini.

Aktiviti anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) itu disertai pegawai diplomat dari lima negara dan 20 orang wartawan asing antaranya dari Vietnam, Indonesia, Thailand, Laos, Turkiye dan sebagainya.

Ketika melawat Huanghelou atau Menara Burung Jenjang Kuning di Wuhan, Duta Besar Vietnam Pham Thanh Binh berkata sajak purba China berjudul ‘Huanghelou’ antara karya yang wajib dibaca oleh pelajar sekolah menengah Vietnam.

Menurut beliau, Vietnam dan China mempunyai sejarah interaksi dan saling belajar sesama tamadun selama ribuan tahun. 

Kedua-dua negara hendaklah terus menggalakkan pertukaran kalangan rakyat dari aspek kebudayaan dan pelancongan bagi memperkukuh persefahaman dan persahabatan sesama rakyat.

Di Wuhan, para peserta berpeluang mengunjungi destinasi seperti zon pembangunan teknologi baharu, taman tanah paya dan lain-lain.

Duta Besar Nepal Krishna Prasad Oli berpendapat China melakar kejayaan besar dalam menjana pembangunan hijau, sekali gus menyediakan pengalaman amat berharga kepada negara membangun lain.

Beliau berharap semua negara dapat bergabung tenaga bagi menggerakkan usaha berkenaan.

Sempena aktiviti itu, wartawan asing turut membuat liputan mengenai pembangunan bandar Wuhan dengan menumpukan kepada inovasi teknologi, ekologi, pelancongan budaya dan pengangkutan.