Dokumentari China Berunsurkan Angkasa Lepas Mula Ditayangkan

“Shen Zhou-13” ataupun dikenali sebagai “”Blue Planet Outside the Window”, dokumentari arahan Kumpulan Media China (CMG) ditayangkan di  pawagam di peringkat kebangsaan bermula Jumaat. 

Pengalaman kru kapal angkasa lepas “Shen Zhou-13” yang pernah menjalankan misi di ruang angkasa selama enam bulan, dijadikan skrip utama bagi dokumentari yang berdasarkan teknologi resolusi ultra tinggi 8K itu, sedangkan penggambaran berkenaan merupakan sumbangan dari tiga angkasawan terbabit, iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu yang bertugas di Stesen Angkasa Lepas China ketika itu.