Dokumentari “Walking Through Tuscany”, hasil kerjasama China International Television Corporation (CITVC) di bawah Kumpulan Media China (CMG) dengan Lembaga Pelancongan Tuscany, Itali telah dilancarkan di Florence, Itali pada 26 Jun waktu tempatan.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden CMG, Shen Haixiong dan Menteri Pelancongan Tuscany, Leonardo Marras bersama-sama menyaksikan pelancaran dokumentari tersebut dan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kerjasama dalam penerbitan bersama, promosi pelancongan dan pemuliharaan warisan budaya.
Dokumentari itu terdiri daripada 8 episod, dengan setiap satu berdurasi 30 minit. Ia mengetengahkan daya tarikan unik bandar-bandar bersejarah di Tuscany melalui pelbagai aspek seperti kebudayaan gastronomi, pengalaman pelancongan, reka bentuk fesyen, pembuatan kraf tangan, seni kreatif serta kerjasama ekonomi dan perdagangan.
Dokumentari itu menumpukan kepada persamaan dalam budaya tradisional kedua-dua negara, dan menceritakan kisah antara tamadun yang berlainan dan persefahaman dalam kalangan rakyat China- Itali.
Tinggalkan Balasan