Dokumentari “Hotline Beijing” Ditayangkan di New Zealand

Majlis tayangan dokumentari “Hotline Beijing” anjuran Kumpulan Media China telah diadakan di Auckland, New Zealand pada 18 November waktu tempatan, diserikan dengan kehadiran Konsul Jeneral China ke Auckland, Chen Shijie dan Datuk Bandar Auckland Wayne Brown. 

Chen Shijie menyifatkan dokumentari “Hotline Beijing” satu karya yang menarik yang menceritakan praktik tadbir urus bandar pada zaman moden. 

Mekanisme berkecekapan tinggi yang dikisahkan dalam dokumentari berkenaan menjadi cermin sistem tadbir urus di peringkat akar umbi dalam masyarakat negara sosialis. 

“Saya harap para penonton boleh mendapat pendedahan tentang China pada zaman kontemporari melalui tayangan karya seumpama ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Wayne Brown berkata bahawa melalui tayangan dokumentari yang menceritakan perkhidmatan talian penting “12345” Beijing yang berfungsi mendengar dan membalas panggilan telefon dari kalangan rakyat,  Auckland mendapat ilham dan menimba pengalaman yang boleh dijadikan rujukan dalam tadbir urus bandar.

“Konsep ‘berpaksikan rakyat’ yang ditekankan dalam dokumentari berkenaan amat bermakna dalam realiti,” katanya lagi.