Aktiviti Pertukaran Sosiobudaya “Echoes of Peace” anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Liverpool, Britain pada Selasa.
Pada majlis tersebut, Presiden CMG, Shen Haixiong dan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Tatiana Valovaya turut menyampaikan ucapan melalui tayangan video.
Dalam ucapannya, Shen yang juga merupakan Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Parti Komunis China (PKC) berkata, hanya dengan mengingati sejarah, kita dapat mengekalkan keamanan, mempertahankan keadilan dan mencipta masa depan yang lebih baik.
Ujarnya, dalam dunia yang sentiasa berubah dan penuh kekacauan ini, kita perlu belajar daripada sejarah untuk menjadi lebih bijak dan kuat, bagi menghadapi cabaran bersama.
Sementara itu, Tatiana Valovaya pula berkata, rakyat China dan kekuatan anti-Fasis dunia telah memberikan sumbangan yang besar dalam kemenangan Perang Dunia Kedua.
Katanya dunia kini menghadapi banyak cabaran baharu, dan keamanan perlu dipertahankan secara berterusan, justeru beliau menyeru supaya mengambil iktibar dari sejarah dan bersama-sama membina masa depan pembangunan yang aman.
Tinggalkan Balasan