“Echoes of Peace” Anjuran CMG-PBB Tekankan Masa Depan Seluruh Manusia

Acara pertukaran budaya bertajuk “Echoes of Peace” yang dianjurkan bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berlangsung di Ibu Pejabat PBB di New York pada malam Rabu.

Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong dalam ucapan tahniahnya berkata, kita mesti menimba pengalaman dari sejarah silam dan mempunyai persepsi betul tentang sejarah Perang Dunia II. 

Beliau juga menekankan peri pentingnya untuk mempertahankan keamanan dan mengatasi perbalahan dalam bidang keselamatan melalui kolaborasi. Semua pihak harus memperkasakan solidariti dan berganding bahu menangkis cabaran global, di samping menegakkan kewibawaan PBB, menjunjung dan mengamalkan multilateralisme.

Dalam ucapan melalui pautan video, Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata, pihaknya telah membawa sejumlah karya filem terbitan China, termasuk “Flying Tigers: Shadows Over China” dan “The Sinking of the Lisbon Maru”, dan berharap agar semua orang boleh memahami betapa berharganya keamanan dan memikul tanggungjawab untuk menjaga keamanan.

Semasa berlangsungnya acara itu, CMG turut menggunakan teknologi unjuran laser definisi tinggi untuk mempersembahkan imej bertemakan “memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia” dengan wisma Ibu Pejabat PBB sebagai layar perak.