Festival Filem China Bangkok ke-19 membuka tirai di Bangkok, pada Rabu.
Filem “Dongji Rescue” yang diadaptasikan berdasarkan peristiwa yang berlaku semasa Perang Dunia II ditayangkan pada majlis pelancaran festival tersebut.
Filem itu menceritakan tentang kisah nelayan tempatan pulau Dongji China bersabung nyawa untuk menyelamatkan tawanan perang Britain apabila kapal Jepun, Lisbon Maru yang membawa tawanan karam di sekitar perairan Zhoushan, China.
Pada saat genting, nelayan-nelayan pulau Dongji tampil ke hadapan dan dengan keberanian serta kebaikan hati mereka, membuka lembaran kehidupan bagi tawanan perang di tengah cabaran ombak besar dan deras.
Seramai kira-kira 600 orang termasuk pakar dan sarjana dari kalangan perfileman China dan Thailand serta penonton tempatan telah menonton filem tersebut.
Sejak diasaskan hampir 20 tahun lalu, Festival Filem China Bangkok kini telah berkembang menjadi wadah penting bagi pertukaran kebudayaan antara China dan Thailand, sekali gus menyumbang kepada peningkatan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.












Tinggalkan Balasan