Filem “731” Ditayangkan di Pelbagai Tempat Global

Filem “731” yang memaparkan jenayah perang biologi Unit 731 Tentera Pencerobohan Jepun di China telah ditayangkan pada 18 September lalu di New York, Los Angeles, Ottawa, Vancouver, Toronto, Sydney dan Melbourne.

Penonton dari pelbagai negara menyatakan bahawa filem ini mendedahkan kekejaman tentera pencerobohan Jepun, mengingatkan orang ramai untuk mengingati sejarah supaya dapat mengelakkan kekejaman seumpama itu daripada berulang lagi. Mereka berharap agar filem ini ditonton oleh lebih ramai orang di seluruh dunia.

Pengerusi Majlis Keamanan Vancouver Kanada, Kimball Cariou berkata, “saya mengetahui sedikit sebanyak sejarah pencerobohan Jepun di China, tetapi sebelum filem ini, saya tidak pernah mendengar apa-apa pun tentang Unit 731. Filem ini bukan sahaja menunjukkan penderitaan rakyat China di tangan fasis Jepun, tetapi juga menunjukkan perjuangan rakyat China yang dilihat sebagai sumbang besar bagi kemenangan anti fasis Jepun.”

Pengerusi Parti Warganegara Australia, Robert Barwick pula berkata, “saya sangat tersentuh dan terkejut. Fakta sejarah harus disebarluas. Kini masih ada ahli politik Jepun yang menafikan sejarah silam, dan ini tidak boleh diterima.”