Filem ‘Red Silk’ Bakal Ditayangkan di China pada September

Filem ‘Red Silk‘ terbitan bersama China dan Rusia bakal ditayangkan di panggung wayang China pada September, bersempena ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Diadaptasi daripada fakta sejarah, filem itu menceritakan kisah yang berlaku pada 1927 apabila revolusioner China dan Soviet berjuang bersama untuk menjayakan misi menghantar dokumen sulit yang penting.

Kumpulan Media China (CMG) dan Jabatan Pentadbiran Filem China (CFA) akan bersama-sama menganjurkan acara promosi filem itu di Moscow.

Terdahulu, ‘Red Silk‘ telah ditayangkan di pawagam Rusia pada Februari.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda