Forum Antarabangsa Perkhidmatan Perundangan Jalur dan Laluan (BRI) telah dirasmikan di bandar Xiamen provinsi Fujian pada Ahad.
Ketika menyampaikan ucap tama pada majlis perasmian, Setiausaha Jawatankuasa Haal-ehwal Politik dan Perundangan Pusat, Chen Wenqing menyifatkan penguatkuasaan undang-undang sebagai komponen utama dalam kerjasama pelbagai negara, dan juga jaminan kukuh bagi mewujudkan pembangunan bersama dalam kerangka BRI yang mempunyai ikatan dengan lebih 150 buah negara.
“China bersedia bersama dengan pelbagai pihak, melakukan perbincangan tentang peraturan dan mencari persamaan dalam menangani urusan perundangan, dasar dan piawaian supaya dapat meningkatkan keterjaminan dari segi perundangan demi pembangunan berkualiti tinggi di bawah BRI ,” katanya lagi.
Tinggalkan Balasan