Sidang tahunan Forum Asia Boao 2026 melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Sidang tahunan kali ini mempunyai makna yang istimewa kerana ia adalah sesi tahunan pertama sejak China melaksanakan operasi kastam khas seluruh pulau di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, dan juga persidangan penting pada tahun pertama bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 China.
Sidang tahunan Forum Boao kali ini memberi tumpuan kepada situasi baharu, peluang baharu, dan kerjasama baharu, menarik perhatian dari seluruh dunia.
Sementara itu, Rancangan Lima Tahun ke-15 dan operasi kastam khas seluruh pulau di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan turut menjadi topik perbincangan para pelabur asing.
Presiden Lembaga Pengarah Urusan Roland Berger, Denis Depoux menyatakan bahawa Rancangan Lima Tahun ke-15 memberikan kebolehjangkaan pada tahap tertentu kepada syarikat, membolehkan mereka mengetahui tumpuan pembangunan pada masa akan datang, dan boleh membuat rancangan dengan lebih tepat.
Sebagai contoh, Rancangan Lima Tahun ke-15 menjadikan tenaga baharu sebagai tumpuan, dan ini bermakna banyak syarikat swasta akan melabur dalam sektor berkenaan, seiring dengan penglibatan lebih banyak bakat dan kemasukan modal.
Depoux berkata, beliau berkeyakinan penuh terhadap pasaran tenaga baharu, bahkan pasaran China.
Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Saudi ACWA Power, Mohammad Abunayyan menyatakan bahawa beliau berpendapat penyahgaraman air laut amat penting bagi keselamatan air China, dan ia juga merupakan pelan yang penting dalam Rancangan Lima Tahun ke-15.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai perancangan yang jelas, iaitu membuat pelaburan sekurang-kurangnya USD30 bilion (RM120.36 bilion ) di China menjelang tahun 2030.













Tinggalkan Balasan