Forum Kerjasama  dan Pembangunan China-Asia Tengah Berlangsung di Astana

Forum Kerjasama dan Pembangunan China-Asia Tengah dan Persidangan Komunikasi Antarabangsa Laluan Sutera Ke-3 telah diadakan di Astana, Kazakhstan pada Ahad.

Pada majlis tersebut, Penolong Presiden Kazakhstan telah membacakan surat tahniah dari Presiden Kassym Jomart Tokayev yang menyatakan, forum dan persidangan terbabit memainkan peranan positif untuk membentuk platform dialog sosiobudaya dan menggalakkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan antara negara Asia Tengah dengan China.

Sementara itu Presiden Agensi Berita Xinhua, Fu Hua menyatakan kesediaannya bersama media dan kumpulan pemikir serantau dalam usaha mengintensifkan interaksi media dan memperdalam kolaborasi dalam liputan, pembangunan teknologi serta mobiliti tenaga kerja.

Sepanjang forum tersebut, laporan kumpulan pemikir yang bertajuk “Semarakkan Semangat ‘China-Asia Tengah’ – Pencapaian, Peluang dan Prospek Kerjasama Serantau” telah disiarkan dalam bahasa Mandarin, Rusia dan Inggeris.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda