Forum Media China-Turkiye edisi pertama berlangsung di Ankara pada Rabu.
Dalam forum itu, Kumpulan Media China (CMG) berkongsi pengalaman dalam pengeluaran kandungan melalui teknologi kecerdasan buatan (AI), pembinaan platform penyiaran antarabangsa dan lain-lain.
Duta Besar China ke Turkiye, Jiang Xuebin dalam ucapannya berkata CMG bukan sahaja memperkenalkan konsep pembangunan media baharu dan hasil inovasi teknologi, tetapi juga aktif meneroka transformasi kaedah penyiaran antarabangsa.
Beliau berharap kedua-dua negara terus mencungkil potensi kerjasama dalam bidang pemerkasaan teknologi.
Forum berkenaan menarik kehadiran lebih 200 wakil dan tetamu termasuk tokoh media, akademik, teknologi dan budaya.
Tinggalkan Balasan