Forum Pertukaran Sesama Rakyat SCO Diadakan di Beijing 

Forum Pertukaran Rakyat ke Rakyat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 berlangsung di Beijing pada Isnin.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Sekretariat SCO, menyaksikan kehadiran lebih 100 tetamu termasuk tokoh-tokoh dari lingkungan politik, budaya dan media negara-negara SCO. 

Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov dan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyampaikan perutusan tahniah atas kejayaan acara berkenaan.

Presiden CMG Shen Haixiong, Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev serta wakil-wakil media dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pakistan, Rusia dan Uzbekistan bersama-sama melancarkan mekanisme kerjasama media SCO dan mengeluarkan inisiatif yang berkaitan.

Sempena penganjuran acara itu, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) turut melancarkan aktiviti “China Up Close · A Journey of Harmony” bersama media arus perdana dari negara anggota SCO.

Wartawan dari 42 negara akan dibawa melawat ke bandar Tianjin, provinsi Shaanxi dan Shandong serta beberapa tempat lain untuk menyaksikan perjalanan ditempuh China ke arah modenisasi.