FYP Ke-15 Perlu Digariskan secara Saintifik: Xi

Presiden China Xi Jinping berkata Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030) hendaklah digariskan secara saintifik dan berdasarkan perubahan situasi serta keutamaan strategi.

Perkara itu ditekankan Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, ketika berucap pada simposium mengenai pembangunan ekonomi dan masyarakat bagi tempoh 2026-2030 yang diadakan di Shanghai, pada Rabu.

Menurut beliau, perancangan berkenaan perlu memfokuskan kepada pencapaian modeniasasi pada asasnya dengan visi pembangunan negara yang kuat dan kebangkitan bangsa.

Di samping itu, matlamat dan misi dalam pelbagai aspek FYP itu perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan ia adalah saintifik, tepat, dan dapat dicapai mengikut jadual.

Beliau juga menegaskan perlunya untuk mengekalkan keterbukaan yang bertaraf tinggi, mendorong pembangunan berkualiti dan menyepadukan pembangunan dengan keselamatan.

Beliau juga menuntut supaya pembangunan kuasa produktif kualiti baharu dijadikan strategi yang lebih diutamakan, di samping mendorong pembinaan sistem perindustrian moden dan menyempurnakan sistem inovasi di peringkat negara.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda