KUALA LUMPUR, 22 Julai — Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 melanda kawasan luar pantai timur Kamchatka, Rusia pada 9.59 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 52.6 darjah Utara dan 160.6 darjah Timur dengan kedalaman 49 kilometer.
“Lokasi gempa adalah kira-kira 137 kilometer ke timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia,” menurut kenyataan itu.
Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Tinggalkan Balasan