Gerak Kerja Ekonomi China 2026 Mampan dan Agresif, Diterajui Permintaan Domestik

Gerak kerja ekonomi China bagi tahun 2026 perlu mampan dan agresif, dengan menumpukan kepada peningkatan kualiti, keberkesanan, dan kecekapan tadbir urus makro. Selain itu, pelaksanaan dasar kewangan yang lebih proaktif dan dasar mata wang yang longgar sederhana harus diteruskan.

Keputusan sedemikian dibuat dalam Majlis Libat Urus Pucuk Pimpinan China untuk Gerak Kerja Ekonomi yang diadakan di Beijing pada 10 hingga 11 Disember.

Presiden China Xi Jinping ketika mempengerusikan majlis libat urus tersebut telah membuat rumusan terhadap prestasi ekonomi China sepanjang tahun 2025, menganalisis situasi ekonomi semasa, dan mengemukakan cadangan tentang gerak kerja ekonomi bagi tahun 2026.

Ditegaskan dalam majlis libat urus itu bahawa perlu mengekalkan pelaksanaan dasar ekonomi makro yang konsisten dan meningkatkan kerelevanannya dalam operasi sosioekonomi.

Antara lapan langkah utama bagi gerak kerja ekonomi tahun 2026 yang diketengahkan, membina pasaran domestik yang kuat yang diterajui permintaan dalam negeri merupakan perkara yang pertama.

Perkara-perkara yang lain yang disentuh termasuk perlu mempertahankan peranan inovasi sebagai penggerak pembangunan, mempercepatkan langkah dalam mencetuskan momentum baharu, terus memperhalusi pelaksanaan dasar pembaharuan yang tentulah penuh dengan permasalahan, menyuntik kedinamikan ke dalam pembangunan berkualiti tinggi.

Di samping itu, pelaksanaan dasar pintu-terbuka kepada dunia luar harus diteruskan di sebalik kerjasama yang bersifat sama menang dalam pelbagai bidang. Penyelarasan pembangunan ditekankan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar serta antara daerah. Transformasi industri tenaga hijau dilakukan dengan menyeluruh berpandukan matlamat mencapai kemuncak dalam bidang pelepasan karbon dan peneutralan karbon.

Masalah hidup rakyat dijadikan keutamaan utama, dan berusaha meningkatkan kepekaan terhadap rintihan di peringkat akar umbi.

Berwaspada pada bila-bila masa dan berhemah ketika menangani dan menghapuskan risiko yang berpotensi dalam bidang-bidang kritikal.