nisiatif Tadbir Urus Global (GGI) diajukan Presiden Xi Jinping pada mesyuarat ‘Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus’ di Tianjin baru-baru ini merupakan satu lagi skim sistematik yang dikemukakan China bagi merungkai pelbagai cabaran dihadapi umat manusia.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Tatkala dunia mengalami transformasi dan pergolakan, tadbir urus global berada di persimpangan jalan.
Kebangkitan Selatan Global yang diwakili negara pasaran baru muncul dan negara membangun, menjadi simbol perubahan landskap dunia.
Namun, mentaliti Perang Dingin, hegemonisme dan fahaman perlindungan masih berleluasa diiringi dengan ancaman dan cabaran baharu yang terus meningkat.
Walau bagaimanapun, sistem tadbir urus sejagat masih ketinggalan, menyaksikan kuasa menggubal peraturan masih di tangan segelintir negara, sedangkan negara membangun sentiasa dipinggirkan sejak sekian lama.
GGI menjunjung lima prinsip iaitu menegakkan kesaksamaan kedaulatan, mematuhi undang-undang antarabangsa, mengamalkan multilateralisme, menggalakkan pendekatan berpaksikan rakyat dan bertindak menggariskan hala tuju.
Ia menyediakan pendekatan bagi memastikan semua negara dapat menyertai proses tadbir urus global, membuat keputusan serta memperoleh faedah daripadanya secara sama rata.
GGI telah menjangkaui pemikiran geopolitik tradisional, menggantikan unilateralisme dengan solidariti dan kolaborasi, serta mengatasi mainan campur tolak menerusi pembangunan bersama.
Melalui pemerkasaan kerjasama di bawah mekanisme multilateral seperti ‘SCO Plus’ dan ‘BRICS Raya’, China berganding bahu dengan semua negara terlibat untuk membina sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah serta mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Tinggalkan Balasan