Naib Perdana Menteri China, He Lifeng mengadakan pertemuan dengan pengasas Bridgewater Associates Amerika, Ray Dalio di Beijing pada Khamis.
He yang juga Ketua Pejabat Kewangan Pusat berkata, sepanjang tempoh ‘Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15’ (2026-2030), China konsisten dalam perlaksanaan dasar pintu terbuka serta mengalu-alukan pelabur dari seluruh dunia untuk melabur dan menjalankan perniagaan di negara Tembok Besar sekaligus berkongsi peluang pembangunan berkualiti tinggi.
Tambah beliau, hubungan ekonomi dan perdagangan China-Amerika yang sihat dan stabil adalah selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara.
“Kalangan industri dan perniagaan Amerika diharap terus memainkan peranan positif, dan menjadi pemelihara dan pemacu hubungan bilateral,” katanya lagi.
Sementara itu, Ray Dalio optimis terhadap prospek pembangunan ekonomi China yang mengagumkan kerana memperlihatkan daya tahan dan kestabilan yang kuat dalam persekitaran antarabangsa semasa.













Tinggalkan Balasan