HONG KONG, 7 Dis — Pengundian bagi pilihan raya Majlis Perundangan Hong Kong penggal kelapan bermula pada pagi Ahad, lapor Xinhua.
Barisan panjang sudah terbentuk di luar beberapa pusat mengundi di seluruh Hong Kong sebelum pengundian dibuka pada 7.30 pagi waktu tempatan.
Penggal baharu Majlis Perundangan akan mempunyai 90 ahli dengan 161 calon bertanding pada pilihan raya itu.
Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee menunaikan tanggungjawab mengundi kira-kira 8.30 pagi di Raimondi College di Robinson Road.
Menurut kerajaan Hong Kong, proses pengundian yang berlangsung di lebih 600 pusat mengundi di seluruh wilayah itu akan berakhir pada 11.30 malam, dengan kemudahan disediakan bagi kira-kira 4.13 juta pengundi berdaftar.
Majlis Perundangan Hong Kong penggal kelapan akan memulakan tempoh empat tahun pada 1 Jan 2026.













Tinggalkan Balasan