LONDON, 26 Feb (Bernama-Anadolu) — Perdana Menteri Iceland Kristrun Frostadottir pada Rabu mengumumkan bahawa satu referendum kebangsaan mengenai sama ada untuk menyambung semula rundingan keahlian dengan Kesatuan Eropah (EU) akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap pada sidang media bersama di Warsaw dengan rakan sejawatannya dari Poland Donald Tusk, Frostadottir mengulangi pendirian kerajaannya bahawa keputusan muktamad berhubung perubahan besar dasar luar itu mesti ditentukan oleh rakyat Iceland.
Tusk menyatakan sokongan kukuh terhadap potensi integrasi Iceland sambil menyatakan bahawa pintu EU kekal terbuka sekiranya negara itu memilih untuk meneruskan langkah berkenaan.
“Saya akan sangat gembira jika Iceland, Norway dan negara Eropah lain menjadi sebahagian daripada empayar yang sama seperti Poland,” katanya.
Hubungan Iceland dengan EU terhenti sejak 2015 apabila kerajaan secara rasmi menarik balik permohonan keanggotaan yang dikemukakan pada 2009 susulan pertikaian mengenai kuota perikanan dan kedaulatan negara.
Walaupun kekal sebagai ahli Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan Kawasan Schengen, negara itu berdepan perdebatan domestik mengenai kestabilan mata wang krona Iceland serta peningkatan inflasi.













Tinggalkan Balasan