Jarak Operasi HSR di China Lepasi 50,000 km

China berjaya memperluas keseluruhan jarak operasi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) sehingga 50,000 kilometer (km) dengan pelancaran satu lagi laluan baharu.

Kereta api peluru ‘Fuxing’ berlepas dari Yan’an menuju ke Xi’an di provinsi Shaanxi pada pukul 10 pagi Jumaat, menandakan perkhidmatan HSR bagi laluan baharu diperkenalkan.

Direka untuk kelajuan sehingga 350 km/j, tren HSR dapat menghubungkan bandar Xi’an dengan Yan’an dalam masa hanya sekitar satu jam.

Perkhidmatan HSR di China mula diperkenalkan sejak tahun 2008 dengan beroperasinya laluan antara bandar Beijing dengan Tianjin.

Sejak itulah, jaringan HSR di negara Tembok Besar menyaksikan pertumbuhan pesat, dengan jarak operasi melebihi jumlah keseluruhan negara lain di dunia. 

Menurut China State Railway Group Co., Ltd., perkhidmatan HSR kini boleh diakses di 97 peratus bandar dengan populasi melebihi 500,000 orang.

Selain itu, China juga mengendalikan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi komersial terpantas di dunia.