Jumlah Pengguna Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau Cecah 93 Juta

Hari ini genap tujuh tahun sejak pengoperasian rasmi Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau. 

Menurut statistik pelabuhan darat Zhuhai, sehingga pukul 8.00 pagi 22 Oktober 2025, jumlah pengembara yang melakukan perjalanan antara tiga wilayah, iaitu Guangdong, Hong Kong dan Macau melalui Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau telah melebihi 93.34 juta orang.

Dirangsang dengan dasar bebas visa dan langkah-langkah memudahkan perjalanan warga asing yang dilaksanakan kerajaan China, jumlah pelancong asing yang keluar masuk melalui Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau terus meningkat sejak beberapa tahun ini.

Selain itu, jumlah pengembara asing yang melalui pusat pemeriksaan sempadan jambatan tersebut merekodkan 421,000 orang sejak awal tahun ini, menokok 26.7 peratus tahun ke tahun.