China memiliki pendidikan berskala terbesar lagi berkualiti di peringkat global.
Demikian dinyatakan Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng dalam sidang akhbar Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 hari ini.
Menurut beliau, seramai 55 juta pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025), manakala kadar kemasukan pelajar ke IPT meningkat ke lebih 60 peratus pada masa sekarang berbanding kurang daripada 30 peratus yang dicatat sebelum Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC).













Tinggalkan Balasan