Kedutaan Besar China di Amerika Syarikat (AS) mengadakan aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) melibatkan belia dari kedua-dua negara pada Sabtu.
Duta Besar Xie Feng dan isteri, Wang Dan bersama lebih 500 tetamu termasuk belia dari lebih 20 negeri di AS dan Washington D.C. serta pelajar China yang menuntut di negara itu, meraikan kedatangan TBC dalam suasana penuh meriah.
Sambutan diserikan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya karnival miaohui yang menawarkan pengalaman imersif kepada pemuda AS untuk menghayati pesona seni budaya China, seperti sulaman Suzhou, kaligrafi, guntingan kertas dan lain-lain.
Video pendek ‘China Travel With Chinese Films’ serta video promo Gala TBC anjuran Kumpulan Media China (CMG) turut ditayangkan sempena aktiviti berkenaan.













Tinggalkan Balasan