Kemasukan Pengembara Asing Menerusi Dasar Bebas Visa Meningkat 52.1 Peratus

Kira-kira 460 juta orang melalui pintu keluar dan masuk sempadan negara sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, meningkat 14.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jabatan Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) berkata, daripada jumlah tersebut, 220 juta merupakan penduduk Tanah Besar China, manakala 180 juta adalah penduduk Hong Kong, Macau dan Taiwan, masing-masing merekodkan peningkatan sebanyak 15.4 peratus dan 11.2 peratus.

Sementara itu, baki seramai 51.628 juta merupakan warganegara asing, meningkat 27.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Antaranya 15.89 juta masuk menerusi dasar bebas visa, menyumbang 62.1 peratus daripada jumlah kemasukan warga asing dan peningkatan sebanyak 52.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Seorang pegawai NIA memaklumkan bahawa pihaknya akan terus mengoptimumkan persekitaran laluan pintu masuk, sekaligus meningkatkan kecekapan dan memudahkan prosedur bagi memastikan proses pertukaran dan interaksi dengan warga asing menjadi lebih lancar dan efisien.