Majlis penandatanganan Perjanjian Kerangka Kerjasama Strategik antara Kementerian Sumber Asli China dan Kumpulan Media China (CMG) serta pelancaran siri program bertajuk “Natural China” telah diadakan di Beijing pada Jumaat.
Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-20 konsep “air jernih dan gunung hijau bagaikan gunung emas dan gunung perak”. Termeterainya perjanjian kerangka kerjasama tersebut merupakan satu terjemahan tentang panduan Presiden China Xi Jinping mengenai peradaban ekologi dan pembinaan “China Indah”, yang bertujuan memangkin agenda pemerkasaan negara dan kebangkitan nusa dan bangsa.
Menurut Shen, kedua-dua pihak akan menjalin kerjasama strategik yang erat untuk jangka masa yang panjang, dengan pelancaran “Natural China” sebagai titik permulaan baharu. Selain menumpukan kepada pendedahan tentang jalan pembangunan peradaban China pada era baharu yang merangkumi pembangunan ekonomi, kehidupan rakyat yang makmur dan ekologi yang baik, kedua-dua pihak juga bercita-cita tinggi mahu menyumbang secara lebih besar dalam modenisasi ala China dan pelaksanaan agenda pemerkasaan negara demi kebangkitan nusa dan bangsa.













Tinggalkan Balasan