Kertas Putih “Pencapaian China dalam Pembangunan Wanita Era Baharu” Diterbitkan

Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Jumaat menerbitkan satu kertas putih yang bertajuk “Pencapaian China dalam Pembangunan Wanita dengan Menyeluruh pada Era Baharu”.

Kertas putih tersebut mempunyai lima bahagian utama, selain bahagian pendahuluan dan penutup.

Bahagian-bahagian lain termasuk “merintis jalan pembangunan wanita China secara menyeluruh”, “memartabatkan pembangunan wanita dengan menyeluruh di peringkat kebangsaan”, “memastikan kaum wanita berkongsi hasil pembangunan dan pemodenan”, “mendorong kaum wanita berada di barisan hadapan zaman”, serta “menyumbang kepada pembangunan wanita dalam senario global”.

Menurut kertas putih itu, China telah memasukkan sasaran dan tugas pembangunan wanita ke dalam Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Negara, dengan menyasarkan peningkatan kerelevanan kaum wanita dalam pembangunan moden secara adil.