“Kisah Xi Jinping dalam Bidang Kebudayaan” Disiarkan di Itali

Majlis penyiaran program “Kisah Xi Jinping dalam Bidang Kebudayaan” (Il Gardiano Del Patrimiono) yang dihasilkan Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Rom, Itali pada Rabu.

Program terbabit akan disiarkan secara berturut-turut di lebih 30 media arus perdana setempat.

Program berkenaan berkisar pada cerita Presiden China, Xi Jinping yang peka akan pewarisan dan pembangunan kebudayaan, dan mempamerkan visinya tentang “kebangkitan nusa dan bangsa dari segi budaya”, warisan budaya yang bersejarah, serta fikirannya tentang tadbir urus negara berdasarkan rujukan kebudayaan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda