Konglomerat Diharap Tingkatkan Keserasian dengan Perindustrian Domestik – PM Li

Perdana Menteri China, Li Qiang telah menghadiri sesi perbincangan untuk perwakilan dari sektor perindustrian dan perniagaan Forum Davos Musim Panas 2025 di bandar Tianjin semalam.

Selepas mendengar ucapan para wakil, Li berkata, perlu mengambil tindakan yang proaktif dan berkesan untuk menghadapi unsur yang tidak menentu dan cabaran risiko. Pertama, perlu mengeluarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi berdasarkan peningkatan keserasian antara konglomerat yang mendominasi dari segi jenama, saluran dan teknologi dengan perindustrian domestik yang semakin lengkap. 

Kedua, syarikat dari pelbagai negara boleh mendapat ruang dan peluang besar untuk menjalankan kerjasama sains dan inovasi di sebalik landskap domestik yang rancak.

Ketiga, ekonomi China yang akomodatif mampu menangkis gangguan luar dan mengekalkan rentaknya sendiri dalam situasi dunia yang bergolak. Pelaksanaan dasar pintu terbuka yang konsisten dipercayai boleh membantu perusahaan multinasional berkembang dengan lebih baik di China.

Li berkata, China sentiasa menyambut syarikat asing datang ke negara ini untuk melabur dan menguruskan perniagaan, malah berkembang dengan mampan dalam landskap ekonomi domestik yang stabil.

Turut hadir, kira-kira 160 orang wakil sektor industri dan perniagaan dari lebih 30 buah negara dan wilayah. Mereka dilaporkan berkeyakinan besar terhadap prospek ekonomi China dan menyatakan akan terus berusaha meneroka pasaran China supaya mencapai kemajuan lebih besar melalui penglibatan dalam proses pembangunan domestik yang berkualiti tinggi.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda