Larangan Perjalanan Trump Ke Atas 12 Negara Berkuat Kuasa

WASHINGTON, 9 Jun — Larangan perjalanan ke atas 12 negara oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah mula berkuat kuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan Rumah Putih, peraturan itu berkuat kuasa awal pagi Isnin (0401 GMT).

Trump mengumumkan larangan perjalanan itu pada Rabu, dengan menyatakan bahawa beliau “perlu bertindak untuk melindungi keselamatan negara dan kepentingan nasional Amerika Syarikat serta rakyatnya.”

Langkah yang berkuat kuasa pada 9 Jun menyekat sepenuhnya kemasukan warganegara dari Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Warganegara dari Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela pula akan dikenakan sekatan separa, menurut pengisytiharan Trump.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda