Lawatan Menteri Luar Kanada ke China Diharap Perkukuh Hubungan Strategik

Menteri Luar Kanada, Anita Anand dijadual melawat China pada 16 hingga 17 Oktober.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Selasa, lawatan tersebut merupakan kali pertama selepas beliau menyandang jawatan Menteri Luar pada Mei lalu.

Lawatan ini juga merupakan satu lagi pertukaran peringkat tinggi antara China dan Kanada selepas pertemuan antara perdana menteri kedua-dua negara semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bulan lalu, serta pertemuan menteri luar di Malaysia pada Julai.

Lawatan ini adalah atas jemputan Menteri Luar China, Wang Yi.