Canselor Jerman Friedrich Merz mengadakan lawatan rasmi ke China pada 25 hingga 26 Feb. Beilau merupakan pemimpin asing pertama yang melawat China pada Tahun Kuda ini. Kunjungan ke syarikat Jerman dan China di negara ini serta mendorong kerjasama praktikal kedua-dua negara menjadi fokus lawatan beliau pada 26 Feb.
Pada petang hari berkenaan, Merz mengunjungi syarikat robot humanoid Unitree di Hangzhou. Beliau meluangkan masa menonton persembahan robot yang tampil dalam Gala Tahun Baharu China (TBC).
Lawatan Merz kali ini diiringi oleh kira-kira 30 pegawai kanan dari syarikat-syarikat terkemuka Jerman dalam bidang automotif, industri kimia, bioperubatan, pembuatan jentera, dan ekonomi kitaran.
Semasa lawatan Merz, yarikat dari kedua-dua negara telah menandatangani lebih 10 perjanjian perniagaan, dan ia sekali gus memberikan isyarat jelas kepada dunia bahawa China dan Jerman komited memperkasakan kerjasama praktikal.
Sebelum mengakhiri lawatan ke China, Merz menyatakan bahawa Jerman dan China mempunyai kerjasama yang kukuh dan kedua-dua pihak akan berganding bahu untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Beliau melalui hantaran di media sosial pula menzahirkan harapan agar kerjasama antara Jerman dan China dapat diperkukuh pada Tahun Kuda ini.












Tinggalkan Balasan